|
Sejuk...Panas...Sejuk...Panasssss!!! |
|
Hampir 2 bulan tanpa kejohanan membuatkan tulang seakan reput, sendi semacam berkarat! Walau pun masih dalam mood berhari raya, ROYALE tetap juga mengintai peluang menyertai Kejohanan luar; biar pun jauh nun sampai ke hujung Utara tanahair - Kejohanan Bola Jaring Terbuka Universiti Utara Malaysia 2008, pada 17 - 18 Oktober lalu.
|
|
Baca lanjut...
|
|
Teamroyale.net ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung laman ini terutamanya kepada semua warga ROYALE dengan ucapan Maaf Zahir & Batin.
|
|
Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat khasnya ahli keluarga ROYALE , semoga ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. InsyaAllah. ~ Uda
|
“First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.” ~Mahatma Gandhi |
|
Baca lanjut...
|
|
What’s done cannot be undone |
Kejohanan Bola Jaring Terbuka Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2008 baru saja berakhir setelah lebih 2 bulan tanpa sebarang kejohanan untuk lelaki. Kejohanan tahunan ini merupakan antara 3 Kejohanan besar yang menjadi target utama Royale tahun ini setelah menjuarai Kejohanan Bola Jaring sempena Pesta Air Nasional 2008 di Langkawi pada awal April lepas. Alhamdulillah, segala perancangan dan latihan yang dibuat telah membuahkan hasil apabila Royale sekali lagi menjuarai Kejohanan pada 19 - 20 Julai 2008 di Dewan De'Kelana, Kelana Jaya sekaligus mencipta hatrik sebagai Johan sejak tahun 2006. |
|
Baca lanjut...
|
|
Kami kalah, TAPI kami menang! |
Macam pelik je tajuk entri kali ini, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kompleks Sukan Negara 2008 di Stadium Juara, Bukit Kiara petang semalam ( 11 Mei 2008 ). Upset dengan kekalahan tipis ROYALE B kepada Legend di Separuh Akhir 1 dan tertewasnya ROYALE A kepada Legend di perlawanan Akhir Terbuka Lelaki sebenarnya bukanlah kekalahan total kepada pasukan ROYALE secara keseluruhannya. Biarpun tewas ( dibantu oleh mutu pengadilan yang sangat teruk! - alasan tipikal dalam setiap kejohanan yang disertai sejak akhir-akhir ini ), ROYALE sebenarnya berjaya menggondol hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM1000 iaitu melebihi jumlah yang dimenangi oleh johan kategori - RM800; hadiah Hari Ibu yang cukup bermakna untuk jurulatih tercinta, Kak Bed. |
|
Baca lanjut...
|
KSN tambah kategori lelakiKUALA LUMPUR - Kompleks Sukan Negara (KSN) sekali lagi akan menganjur Kejohanan Bola Jaring Terbuka 2008 yang buat pertama kali memperkenalkan kategori lelaki terbuka. Pengurus Besarnya, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim berkata, kepelbagaian kategori ini ia akan membantu memartabatkan sukan bola jaring yang dahulunya dipelopori oleh kaum wanita.
Sekarang ini kaum lelaki juga sudah menunjukkan minat dalam sukan ini malah mereka menyahut seruan kerajaan sukan untuk semua. Jelasnya, kejohanan ini akan berlangsung pada 10 dan 11 Mei ini di Stadium Juara, Bukit Kiara manakala tarikh tutup pendaftaran 7 Mei ini. Yuran yang dikenakan kepada pasukan yang berminat RM150 untuk kategori terbuka, RM120 untuk kategori lelaki terbuka manakala remaja perempuan bawah 15 tahun pula RM100. Johan kategori wanita akan membawa pulang RM1,000, lelaki terbuka RM800 dan juara remaja perempuan bawah 15 tahun RM700. Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi Unit Pembangunan Acara di talian 03-8994 4660 sambungan 133, 134 dan 135. Utusan Malaysia Online, 23 April 2008 |
 Laman web rasmi ROYALE yang baru berusia 7 minggu kini telah mencapai satu tanda aras terbaru apabila capaian ke web ini telah mencecah 10,000 pengunjung tepat pukul 3.00 PM pada 15 April 2008. Biar pun baru dilancarkan pada 23 Februari 2008, kunjungan pelawat ke mari tidak pernah putus dan dibantu pula dengan sokongan padu ahli-ahli berdaftar ROYALE yang setia. Terima kasih semua, tanpa anda semua tiadalah teamroyale.net Viva ROYALE!!!
|
|
"By ignorance we mistake, and by mistakes we learn" -Proverb Pengajaran bagi pasukan ROYALE, jangan sekali-kali pandang ringan perkara remeh dalam setiap pertandingan. Apa yang berlaku kelmarin di Kejohanan Bola Jaring Terbuka UKM `08 akan diingati sampai bila-bila. Sungguhpun kejayaan ROYALE Alpha menjuarai Kejohanan mengalahkan Legend 15 - 9 di perlawanan akhir, serba sedikit maruah ROYALE tercalar dengan pembatalan kemenangan ROYALE Beta di atas sebab teknikal.
|
|
Baca lanjut...
|
|
Susah-susah! Letop-letop! |
Pergi dengan ketenangan balik dengan kemenangan! Usaha gigih semua ahli pasukan ROYALE akhirnya berbaloi juga setelah mengungguli Kejohanan Bola Jaring Pantai Pesta Air Nasional, Langkawi 2008 pada 3-5 April yang lalu. Bukan sahaja menjadi Johan dua tahun berturut-turut, malahan kontinjen ROYALE juga membolot kedudukan Naib Johan, Tempat Ke-4 dan Tempat Ke-6 bagi Kategori Lelaki serta Tempat ke-7 dalam Kategori Wanita. Hadiah keseluruhan yang dimenangi merupakan yang terbesar setakat ini dalam sejarah penubuhan Akademi iaitu RM4900. Viva Royale!
|
|
Baca lanjut...
|
|
ROYALE Men's Netball Academy |
Pasukan ROYALE ditubuhkan secara tidak rasmi pada 1 Ogos 2005 bagi menyahut cabaran kerajaan yang mempromosikan kempen “sukan untuk semua” dan merupakan antara perintis sukan bola jaring lelaki di Malaysia. Ia berpusat di Shah Alam, Selangor dan kini mempunyai keanggotaan seramai 35 belia berusia antara 22 dan 39 tahun. |
|
Baca lanjut...
|
|
Bola jaring lelaki di KOSMO! |
Sekali lagi pendedahan mengenai bola jaring lelaki dibuat oleh akhbar KOSMO! naskhah 15 Mac 2008 (Sabtu). Walaupun pengisiannya mengenai Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kuala Lumpur 2008 yang telah lama berlalu, tetapi sekurang-kurangnya topik bola jaring lelaki ini terus mendapat perhatian dan sokongan dari pihak media tempatan. Sila KLIK untuk membaca rencana di ruangan Rekreasi akhbar tersebut. |
|
Tanjung Malim, 3 Mac 2008 - Tiada apa yang dapat menghalang dominasi ROYALE di Kejohanan Bola Jaring Terbuka UPSI 2008 yang berakhir kelmarin ( 2 Mac 2008 ) apabila muncul Johan dan Naib Johan Kategori Lelaki Terbuka dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 800 beserta sijil dan medal. |
|
Baca lanjut...
|
|
Terbuka Kuala Lumpur 2008 |
|
Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kuala Lumpur 2008 berlangsung pada 16-17 Februari lalu bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-34. Pertandingan telah diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan disertai oleh 35 pasukan wanita bagi Kategori Wanita Terbuka dan 12 pasukan lelaki bagi Kategori Lelaki Terbuka. |
|
Baca lanjut...
|
|
Terima kasih kepada Saudari Fatimi, wartawan Utusan KOSMO! kerana sudi membuat rencana khas mengenai ROYALE dan topik bola jaring lelaki dalam akhbar keluaran Ahad, 17 Februari 2008 yang lalu. Sedikit sebanyak, ia berjaya membangkitkan semangat kami dalam memperjuangkan sukan bola jaring lelaki yang masih belum diterima umum sepertimana futsal dan bola sepak wanita di negara kita sendiri. Pada mereka yang belum membaca rencana tersebut bolehlah Klik Sini.
|
|
|